Sejarah Bouraq Indonesia Airlines

Bouraq memulakan khidmat mereka pada tahun 1970 dengan menghubungkan Jakarta, Balikpapan, Kalimantan dan Surabaya menggunakan Douglas DC-3. Warna seragam Bouraq pada mulanya adalah biru tetapi kemudiannya ditukar menjadi hijau.

Pesawat lapuk ini kemudiannya ditukar dengan NAMC YS-11 dan BN Islanders untuk destinasi-destinasi yang jauh terpisah. Apabila rangkaian perkhidmatan mereka berkembang, F-27 dan Dornier Do-28 twin digunakan. Vickers Viscount turut digunakan atas arahan kerajaan Indonesia untuk menghadkan penggunaan pesawat jet.

Boeing 737-200 mula memasuki perkhidmatan Bouraq pada tahun 1993. Bouraq mentamatkan operasi pada 2005 kerana masalah kewangan.